0

SURAH AL NAS

Posted by kopiahlembik on 8:55 PM in
TAHUN SATU

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

2. "Yang Menguasai sekalian manusia,

3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -

5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -

6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

*Merupakan penutup bagi Al Quran

Sumber: Al Quran Mushaf Malaysia dan terjemah.2006

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk : Menjauhi Daripada Bisikan Syaitan

Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”

Riwayat Bukhari Dan Muslim

Huraian
1.Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.
2.Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yang menafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebas daripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.
3.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.
4.Fitnah syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Oleh itu sebagai pendindingnya kita hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Aras 1 :
1. Menyebut kalimah / potongan ayat dengan betul.
2. Membaca surah tersebut dengan makhraj yang betul.
3. Menghormati rakan ketika mereka membaca Al Quran.
Aras 2 :
1. Membaca surah tersebut dengan betul dan fasih.
Aras 3 :
1. Membaca surah tersebut dengan meraikan hukum tajwid.
2. Membaca surah tersebut dalam amalan harian.
HAFAZAN
Aras 1 :
1. Menghafaz kalimah / potongan ayat surah tersebut.
2. Menghafaz surah tersebut dengan makhraj yang betul.
3. Membaca surah tersebut sebelum tidur.
Aras 2 :
1. Menghafaz surah tersebut dengan betul dan fasih.
Aras 3 :
1. Menghafaz surah tersebut secara bertajwid.
LINK ILMIAH:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_An-Nas
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1572

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 ASUHAN TILAWAH ALQURAN All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.