0
k. Surah al-Fil.
Posted by kopiahlembik
on
6:51 PM
Irhas :Perkara luar biasa yang mencarik adat. Perkara luar biasa ada beberapa iaitu Mukjizat , Irhas, Karamah , Maunah , dan sihir.Irhas ialah perkara luar biasa kepada bakal-bakal nabi (sebelum jadi nabi ),contoh: dalam peristiwa serangan gajah Abrahah (gabenor Yaman) yang serang Kaabah tapi gagal kerana ALLAH menghancurkan mereka . Ini adalah Irhas untuk menandakan kelahirannabi Muhammad s.a.w
|
DIEDIT :RAMPAIAN AGAMA ISLAM 1991/Sirah NabawiyyahYADIM
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan di Mekah .Bagindadilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah.Pada tahun itu tentera Raja Abrahah ( Abrahah al-Sabbah -panglima perang Habsyah yang merupakan wakil Najashi di Yaman ) hendak menyerang Mekah.Tentera itu seramai 60 000 orang bala tentera dan 9 atau 13 ekor gajah diketuai oleh Abrahah.Abrahah naik seekor gajah yang paling besar .Serangan itu tidak berjaya. Allah membinasakan tentera itu dengan mengutuskan burung Ababil yang melontarkan batu-batu sijjil (yang sangat keras dan panas), lalu jadilah mereka seperti daun yang dimakan ulat .Burung-burung itu adalah seperti burung khatatif (swift) dan Balsan .Setiap burung membawa 3 biji batu , diparuh 1 biji dan 2 biji di kaki . Batu-batu itu itu berbentuk seperti kacang putih di mana apabila mengenai sesorang mengakibatkan anggota tubuh terputus-putus dan mati .Tetapi tidak semua mereka yang ditimpa lontaran batu itu . Mereka yang tidak terkena batu itu melarikan sambil berasak-asak antara satu sama lain , lalu terjatuh di merata tempat dan mati bergelimpangan di setiap simpang . ALLAH mengutuskan penyakit kepada Abrahah yang menyebabkan jari-jarinya berguguran . Sesampainya di san'a dia kelihatan lemah , jantungnya terburai dari dadanya , lalu mati .Mekah dan kaabah selamat.
Nabi Muhammad s.a.w orang arab quraisy . nabi Muhammad s.a.w disusukan oleh ibunya selama 7 hari .
Kaabah letaknya di Mekah . Mekah tempat lahir Nabi Muhammad s.a.w . Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s . Kaabah arah kiblat orang Islam solat . Orang Mekah Tawaf di Kaabah .
Ramai orang datang ke Mekah . Mereka tawaf di Kaabah dan mengerjakan haji . Mereka menjual bermacam-macam barang.Mereka menjual barang-barang itu di pasar . Orang Mekah mengadakan pasar itu .
Pada masa nabi Muhammad s.a.w dilahirkan banayak berhala dikeliling kaabah yang diletakkan oleh orang yang sesat .
Post a Comment