0

SURAH AL-FATIHAH

Posted by kopiahlembik on 8:50 PM in
TAHUN SATU
1-Bacaan surah Al Fatihah

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

*Surah Al Fatihah juga dinamakan dengan :

1)Ummu al-Kitab (ibu Al Quran ) kerana ia merujuk kepada keseluruhan makna Al Quran. .Merangkumi segala pengertian , objektif dan perbendaharaan Al Quran secara umum .Surah ini memperkatakan asas-asas agama yang merangkumi :

a) Aqidah merangkumi keimanan kepada Allah s.w.t , sifat-sifat Nya , keesaan Nya ,kurniaan nikmat dan keimanan kepada hari akhirat. (ayat 1-5)

b) Ibadah , termasuk persoalan doa , memohon pertolongan dan hidayah , ikhlas istiqamah dan kesatuan ummah . (ayat 6)

c)Minhaj kehidupan , iaitu pemilihan tatacara kehidupan yang benar dan diredhai.(ayat 7)

2)Al-Syafiyah ( yang Menyembuhkan) kerana ia memberikan kesembuhan (izin Allah) kepada penykit rohani & jasmani .

3)Al-Wafiyah (yang lengkap) kerana ia melengkapi makna keseluruhan Al-Quran .

4)Al-Kafiyah ( yang mencukupi) kerana dengan membacanya ketika qiyam , solat seseorang sudah memadai untuk sah , manakala tanpa membacanya menyebabkan solat seseorang batal .

5)Al-Asas ( asas ) kerana ia diibaratkan asal Al Quran dan merupakan surah yang pertama menurut tertib penyusunannya)

6) Al-Hamd (segala pujian) kerana ia bermula dengan dengan kalimah ini .

7) Al Sab’u al –Mathani ( tujuh tempat berhenti) kerana ia mempunyai tujuh ayat .kan

Ia merupakan surah pertama dari segi tertib penyusunannya dalam Al-Quran walaupun bukan dari segi penurunannya .

Sumber :Al Quran Mushaf Malaysia dan terjemahannya .2006

*surah terakhir = Surah An-nas

Kategori : AKIDAH Tauhid Iman

Hadith :Nabi s.a.w bersabda: "Apabila sesorang kamu mengucapkan Aamin, dan Malaikat di langit pun mengucapnya, serta berbetulan pula masa ucapan itu satu sama lain, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."

Abu Hurairah r.a

Huraian
Pengajaran Hadith:
i) Perkataan ‘Aamin’ maksudnya memohon ke hadrat Allah S.W.T agar permintaan dikabulkan.
Ii) Bacaan ini amat baik diucapkan serentak dengan ucapan imam (selepas bacaan surah al-Fatihah) kerana ia adalah suatu saat yang mulia iaitu saat terbukanya pintu keampunan Ilahi kepada hamba-hamba-Nya.
iii) Sebaik-baik sebutan ‘Aamin ‘ adalah tidak melebihi dua ‘harakat’ dan sebutannya juga janganlah terlampau nyaring, cukuplah dengan suara yang sederhana sahaja bunyinya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Aras 1 :
1. Menyebut kalimah / potongan ayat dengan betul.
2. Membaca surah tersebut dengan makhraj yang betul.
3. Menghormati rakan ketika mereka membaca Al Quran.
Aras 2 :
1. Membaca surah tersebut dengan betul dan fasih.
Aras 3 :
1. Membaca surah tersebut dengan meraikan hukum tajwid.
2. Membaca surah tersebut dalam amalan harian.

HAFAZAN
1. Menghafaz kalimah / potongan ayat surah tersebut.
2. Menghafaz surah tersebut dengan makhraj yang betul.
3. Membaca surah tersebut sebelum tidur.
Aras 2 :
1. Menghafaz surah tersebut dengan betul dan fasih.
Aras 3 :
1. Menghafaz surah tersebut secara bertajwid.


Aras 1 :
1. Memahami maksud surah Al Fatihah secara keseluruhan.
2. Bersyukur dengan nikmat Allah.

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.


Aras 2 :
1. Menyebut perkara penting yang terdapat di dalam surah Al Fatihah.
Aras 3 :
1. Menyenaraikan pengajaran yang boleh diambil daripada surah
Al Fatihah.
2. Yakin dengan kewujudan dan keesaan Allah melalui bukti kejadian
alam ini.

LINK ILMIAH :
DEFINISI Al-FATIHAH OLEH WIKI
HADIS BACAAN WAJIB DALAM SOLAT
ULASAN BUKU MENGENAI AL FATIHAH
TAFSIR IBN KATHIR- SURAH AL-FATIHAH
BACAAN SURAH AL FATIHAH-SYEIKH MASARI RASHID(audio)
SYARAH AL FATIHAH-USTAZ AZHAR(audio)

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 ASUHAN TILAWAH ALQURAN All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.